Wednesday 25 May 2016

BAB 1 Kedudukan Strategik Mendorong Penguasaan British


Okay geng,ini adalah nota ringkas bagi topik yang kita nak belajar nanti.


Sori yer,baru nak try buat mindmap so thats why dia mcm kurang nampak,so if sesape yang view gambar ni guna computer dia akan senang lah but if youre using tab or ipad maybe boleh jugek.Maaf atas kekurangan =(


1.1 Pertapakan SHTI di Pulau Pinang

SHTI - Syarikat Hindia Timur Inggeris ditubuhkan di England pada 1600.Kerajaan British bagi kuasa             kepada SHTI untuk menjalankan perdagangan antarabangsa dan meluaskan tanah jajahan

Pengenalan



*Pulau Pinang pada asalnya adalah sebahagian daripada wilayah negeri Kedah.
*SHTI tertarik dengan kegemilangan Kedah sebagai sebuah kuasa maritim (laut)
  kuasa maritim ni macam perdagangan lah
*SHTI nak cari pelabuhan untuk dijadikan  
 PUSAT PENGUMPULAN BARANG
 -SHTI perlukan teh dari China sebab mendapat pasaran terbaik di Eropah.Tukarannya,China mahu       emas,perak,bijih timah dan lada hitam.
PELABUHAN PERSINGGAHAN
 -Pelabuhan Pulau Pinang menyediakan kemudahan bekalan makanan,air dan membaiki kapal.
 - Berlindung daripada peralihan angin monsun.
PANGKALAN TENTERA
 -British dan Perancis bersaing kuasai perdagangan di India.Pulau Pinang sesuai dijadikan pangkalan tentera di Kepulauan Melayu untuk mempertahankan petempatannya di India daripada serangan Perancis.

Kedaulatan Kedah Tercabar
* kurun ke-16,Kuala Kedah berkembang sebagai PELABUHAN ENTREPORT
* Mengamalkan dasar buka pintu
*Menghadapi ancaman dari luar dan dalam negeri serta bugis,siam dan burma.

Ancaman Bugis
*akhir kurun ke-18,berlakunya pertikaian dan perebutan takhta yang berlaku di kalangan pembesar.
* pada 1770,Sultan Muhammad Jiwa melantik Tunku Abdullah menjadi Raja Muda Kedah.
*Malangnya,kerabat diraja tidak setuju sebab Tunku Abdullah bukan anak gahara.
Anak gahara = anak raja yang dilahirkan oleh isteri sultan yang beketurunan raja.
*Mungkin mak Tunku Abdullah bukan keturunan raja,so thats why dia tak diterima jadi Raja Muda Kedah.
*Mereka berpakat dengan tentera Bugis dari Selangor untuk menentang Sultan Muhammad Jiwa
*RAJA HAJI yang memimpin tentera Bugis menawan Kuala Kedah serta Alor Setar.
*Sultan undur diri ke Kangar teruskan perjuangan dan dia meminta bantuan JOURDAIN SULLIVAN AND DE SOUZA.
*Pada tahun 1771,firma hantar wakilnya Francis Light untuk membuat rundingan dengan Sultan Muhammad Jiwa.
*Mereka tandatngani perjanjian yang membolehkan firma berniaga di Kuala Kedah dan firma pula dikehendaki memberi bantuan ketenteraan pada Kedah.
*Sultan batal perjanjian sebab firma enggan memberi bantuan ketenteraan bagi menyerang Bugis seperti yang dijanjikan.

Ancaman Siam
*Semasa Siam berperang dengan Burma,Kedah hentikan penghantaran bunga emas.
*Lepas tamat peperangan,Siam bangkit dan menuntut :
 -BUNGA EMAS
 -WANG
 -TENAGA MANUSIA
*Sultan Abdullah rasa tercabar dan demi menjaga kedaulatan negeri Kedah serta kesejahteraan rakyat,baginda pun meminta bantuan SHTI dan sanggup menawarkan Pulau Pinang jika SHTI sanggup lindungi Kedah daripada ancaman Siam
*Francis Light mula sedar kepentingan Pulau Pinang sebagai pelabuhan dan pangkalan tentera.


1.2 Tipu Helah Francis Light bagi Mendapatkan Pulau Pinang
*SHTI bimbang kepentingan perdagangan mereka di semenanjung akan terjejas akibat dasar monopoli Belanda.
*Francis Light menandatangani perjanjian secara peribadi PERJANJIAN INGGERIS-KEDAH 1786.

     SYARAT PERJANJIAN INGGERIS KEDAH 1786
       - SHTI bantu Kedah sekiranya diserang oleh musuh
       -SHTI tak boleh lindungi musuh Kedah
       -SHTI bayar 30 000 dolar Sepanyol setahun pada sultan sebagai pampasan.

* Pada 11 Ogos 1786 , bendera Union Jack dinaikkan 
*Francis Light menamakan Pulau Pinang sebagai Prince of Wales Island.
*Petempatan mereka dinamakan Georgetown sempena nama Raja England King George III
*Maka,bermulalah penjajahan British di Tanah Melayu.

SHTI Mungkir Janji
*tahun 1786,Siam kuasai Patani dan mengancam Kedah.
*Sultan Kedah minta bantuan SHTI seperti yang dijanjikan dalam perjanjian tetapi SHTI enggan memberikan bantuan kerana:
 -mendakwa tidak terlibat dalam perjanjian antara Sultan Abdullah dan Francis Light.
 -nak jaga kepentingan perdagangan dengan Siam.
*Sultan memaksa Francis Light tinggalkan Pulau Pinang sebaliknya dia tak nak tinggalkan dan menawarkan bayaran ganti rugi pada Sultan.
*Sultan berasa marah dan kecewa dan baginda menyediakan angkatan laut di Seberang Perai untuk 
menawan semula Pulau Pinang.
*Sultan Abdullah minta bantuan daripada 
-RIAU
-SIAK
-SELANGOR
*Francis Light minta bantuan British untuk serang kota pertahanan Sultan Kedah di Seberang Perai.
*Sultan tewas dan terpaksa menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Keamanan Inggeris-Kedah 1791

KESAN PERJANJIAN PERSAHABATAN DAN KEAMANAN INGGERIS-KEDAH 1791
  - SHTI menguasai Pulau Pinang secara rasmi
  -SHTI bayar ganjaran 6000 dolar Sepanyol setiap tahun pada Sultan
  -George Leith dilantik sebagai Gabenor Pulau Pinang pertama

1.3 SHTI Mengambil Seberang Perai
*SHTI nak Seberang Perai untuk dijadikan benteng pertahanan dan usahakan tanaman 
*Sultan Dziauddin perlukan bantuan ketenteraan bagi hadapi ancaman Siam.
*Sultan tandatangani perjanjian Persahabatan dan Perikatan Jun 1800.

KESAN DAN SYARAT PERJANJIAN PERSAHABATAN DAN PERIKATAN JUN 1800
  -SHTI duduk Seberang Perai
  -SHTI beri bantuan ketenteraan pada Kedah.

*Seberang Perai seterusnya dikenali sebagai PROVINCE WELLESLY
*Janji SHTI tidak ditunaikan untuk memberi bantuan ketenteraan.
*Selepas Siam menang,Raja Siam Rama III menandatangani satu perjanjian dengan Henry Burney di Bangkok.

 PERJANJIAN BURNEY 1826
 -British iktiraf ketuanan Siam terhadap Kedah
 -Sultan Kedah,Sultan Ahmad Tajuddin II tak dibenarkan tinggal di KEDAH,PULAU PINANG,SEBERANG PERAI,PERAK,SELANGOR DAN BURMA
-British bersetuju tak akan bantu Sultan Kedah serang Siam dan jajahan takluknya.
-British hantar balik Sultan Kedah yang berlindung di Pulau Pinang ke Kedah.
-Kedah dikehendaki bayar ufti bunga emas kepada Siam
-Siam iktiraf kedudukan British di Pulau Pinang dan Seberang Perai.

*Pemimpin Kedah menulis surat pada Francis Light pada April 1791

      '...hal ehwal Poolo Pinang yang lama belum diselesaikan,..sahabat kami tidak menyembahkan sesuatu yang sesuai kepada kami,...Raja tidak memperkenankan sahabat kami tinggal lama lagi di Poolo Pinang oleh itu sahabat kami hendaklah menyelesaikan urusannya secepat mungkin kerana Poolo Pinang ialah milik Raja Queda sejak zaman-berzaman...'

*Melalui surat ini,pemimpin Kedah meminta Francis Light dan Gabenor Pulau Pinang keluar dari Pulau Pinang dan mereka menegaskan Pulau Pinang ialah milik raja Kedah.

1.4 SHTI Gagal Memajukan Pulau Pinang


*Pulau Pinang jauh ke utara Selat Melaka menyebabkannya gagal bersaing sebagai pelabuhan di Kepulauan Melayu.
*Kebanyakan kapal berdagang di Betawi,Riau,Lingga
*Hubungan perdagangan dengan China sangat penting sebab menguntungkan di Eropah.
*Contoh barang yang diperlukan ialah kapas,teh,sutera dan pencelup.
*SHTI perlukan pelabuhan strategik di Selat Melaka.
*Semasa Perang Napoleon,SHTI dapat kesempatan untuk kuasai Melaka dan Betawi melalui Surat-Surat Kew
*Selepas tamat peperangan,British pulangkan balik Melaka dan Betawi pada Belanda.
*Pedagang British di Betawi tak berpuas hati kerana
-diberi layanan buruk
-cukai yang tinggi
*British lantik Stamford Raffles cari pelabuhan baru dan cuba cari pelabuhan baru di Palembang,Acheh dan Riau tapi mengalami kegagalan.

Singapura Pangkalan Perdagangan yang Strategik
*Singapura merupakan sebahagian daripada wilayah di bawah kerajaan Johor.
*Kedudukan Singapura yang terletak di selatan Semenanjung Tanah Melayu membantu British kawal laluan perdagangan di Selat Melaka dan Selat Sunda.
*Singapura boleh dijadikan pelabuhan bebas dan pangkalan untuk menyaingi pelabuhan Belanda di Betawi.
*Raffles berdepan dengan masalah kerana Sultan Abdul Rahman [ pemerintah Johor ] bawah pengaruh Belanda.

Taktik Raffles Mengambil Singapura
*Raffles mendarat di Singapura pada 12 Januari 1819.
*Pada 30 Januari 1819,Raffles memaksa Temenggung Abdul Rahman tandatangani perjanjian yang membenarkan British membina loji di Singapura.

 SYARAT PERJANJIAN ANTARA TEMENGGUNG ABDUL RAHMAN DAN STAMFORD RAFFLES 30 JANUARI 1819
-SHTI boleh dirikan loji di Singapura
-SHTI setuju melindungi Temenggung daripada ancaman dalam dan luar negeri.
-SHTI akan bayar sebanyak 3000 dolar Sepanyol setahun pada Temenggung
-SHTI tak benarkan Temenggung berhubung dengan kuasa barat yang lain

*Perjanjian ini tidak sah sebab Temenggung tak setuju .
*Raffles memperdayakan Temenggung/Sultan Abdul Rahman dan Belanda.
*Dia menggunakan helah dengan bangkitkan masalah pewarisan takhta yang berlaku pada tahun 1812.
*Raffles memujuk Temenggung Abdul Rahman menjemput Tengku Hussein iaitu Putera Sulung ke Singapura
*Sebenarnya,Tengku Hussein patut jadi sultan kerana merupakan anak sulung tetapi  mengikut adat istiadat melayu,pengganti sultan dilantik sebelum upacara pemakaman almarhum sultan dan pada ketika itu Tengku Hussein berada di Pahang.
*Raffles lantik Tengku Hussein jadi sultan kerana mahukan pemerintah mengiktiraf perjanjiannya bersama Temenggung Abdul Rahman.
*Keadaan ini memberi peluang pada SHTI untuk bertapak di Singapura secara rasmi.
*Tindakan Raffles menyebabkan Johor mempunyai dua sultan.
*SULTAN HUSSEIN BERSEMAYAM DI SINGAPURA
*SULTAN ABDUL RAHMAN BERSEMAYAM DI LINGGA

SHTI Mencengkam Singapura
*Raffles berpendapat perjanjiannya bersama Temenggung Abdul Rahman tidak membolehkan dia berkuasa penuh di Singapura.
*7 JUN 1823,Raffles tandatangani satu lagi perjanjian bersama Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman

PERJANJIAN 7 JUN 1823
-Sultan menerima bayaran sebanyak 1500 dolar Sepanyol
-Temenggung Abdul Rahman terima 800 dolar Sepanyol
-Sultan dan Temenggung kutip cukai dari tongkang Cina
-SHTI berkuasa penuh di Pulau Pinang kecuali kawasan kediaman sultan dan temenggung
-Undang undang British dikuatkuasakan

*Pada 2 OGOS 1824,John Crawfurd (RESIDEN SINGAPURA) tandatangani satu lagi perjanjian untuk kukuhkan kedudukan SHTI di Singapura.

SYARAT PERJANJIAN 2 OGOS 1824
-Sultan dan Temenggung serahkan Singapura pada SHTI buat selama-lamanya
-Sultan dan Temenggung hendaklah membenarkan pedagang pedagang bebas berdagang di Johor dan wilayah takluknya
-Sultan Hussein dan Temenggung Abd Rahman atau warisnya boleh menetap di tanah milik baginda di Singapura atau berpindah dari Singapura.

*SHTI kemudiannya arahkan TEMENGGUNG ABDUL RAHMAN memindahkan pusat pentadbirannya dari Kuala Sungai Singapura ke Teluk Belanga dengan alasan memajukan Singapura
*SHTI ambil tanah tanah dari Kampung Gelam dan Teluk Belanga di Singapura.
*Pada 1866,SHTI pindahkan pusat pentadbiran Johor dari Teluk Belanga ke Johor Bahru.

1.5 Perpecahan Kepulauan Melayu
*Belanda tak puas hati dengan pembukaan Singapura oleh Raffles.
*Belanda bimbang kemajuan Singapura boleh jejaskan perdagangannya di Betawi.
*British enggan serahkan Singapura kepada Belanda kerana kepentingannya sebagai
-pelabuhan bebas
-pangkalan tentera di Kepulauan Melayu
*Ketegangan antara British dan Belanda diselesaikan melalui perjanjian Inggeris-Belanda 1824 atau dikenali sebagai Persetiaan London juga.

PERJANJIAN INGGERIS - BELANDA 17 MAC 1824
-Belanda iktiraf petempatan British di Singapura.
-British janji tak akan buka petempatan baru di Tanah Melayu
-British serahkan BANGKAHULU pada Belanda dan Belanda serah MELAKA pada British.
-British janji tidak akan buka petempatan baru di Singapura

*Perjanjian ini menyebabkan Kepulauan Melayu terbahagi kepada 2 pengaruh 
*Kerajaan Johor berpecah
*BRITISH - Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura
*BELANDA - Kepulauan Riau dan Lingga

1.6 Penubuhan Negeri Negeri Selat
*Pada tahun 1824,SHTI ada 3 petempatan iaitu Pulau Pinang,Singapura dan Melaka
*PULAU PINANG -LEFTENAN GABENOR
*SINGAPURA DAN MELAKA - RESIDEN
*Nak ingat senang je { ingat PULAU PINANG ada 2 perkataan sama juga LEFTENAN GABENOR}
*Pada tahun 1826,negeri negeri tersebut disatukan dan membentuk satu pentadbiran dipanggil Negeri Negeri Selat.
*Bertujuan untuk menyeragamkan pentadbiran dan menjimatkan perbelanjaan.
*Ibu negeri NNS pertama ialah di Pulau Pinang.
*Pada 1832,Singapura menjadi ibu negeri mengganti Pulau Pinang kerana kedudukan lebih strategik dan menguntungkan.


mintak izin ye guna gambar ni,terima kasih kepada pemilik.

*Sistem pentadbiran NNS mewujudkan perasaan tidak puas hati dua pihak iaitu
- penduduk NNS
- saudagar tempatan
*Mereka anggap NNS merupakan tanah jajahan India.
*Saudagar British di Negeri Selat merayu pindahkan pentadbiran dari India ke London.
*Kesan pemindahan:
-NNS diisytiharkan sebagai tanah jajahan British
-diletakkan di bawah tanggungjawab Pejabat Tanah Jajahan British di London
-Menubuhkan Majlis Perundangan bagi membolehkan NNS meluluskan undang undang sendiri.

OKAY TAMAT SUDAH BAB 1 KITA,RAJIN KORANG BACA ..SEMOGA ILMU YANG DIKONGSIKAN BERMANFAAT DAN DAPAT MERESAP DALAM OTAK KORANG.NI PUN SAYA AMBIL DARI BUKU TEKS SERTA BUKU RUJUKAN.Minta maaf atas kekurangan dan sila komen kekurangan tersebut agar dapat saya perbaiki.

OH LAGI SATU !

korang fikir macam banyak sangatkan bab 1 ni,nanti aku cuba buat peta minda teringkas yang korang boleh baca tapi sebelum baca peta minda tu sila baca ni untuk lebih faham.TQ

EH LUPA PULAK

warna kuning yang aku hightlight kan tuh ialah benda penting and dalam kurungan hijau adalah perjanjian perjanjian.Okay itu saja bubbye..


REMIRES.QEE
   FFFFF




No comments:

Post a Comment